Thursday 21 April 2011

BilaHantuNaikBasikal

takut tak ?!

pikeboo : malam jumaat  :o


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu kepada pembaca berilmu sekalian :)

Apa khabar? Sudah makan? Sudah mandi? Kepada yang sedang menghadapi minggu peperiksaan, sudah mengulangkaji pelajarankah? Kalau sudah, Alhamdulillah. Kalau belum, tak apa. Rehatkan telinga mendengar lagu-lagu kegemaran dulu. Tak pun, layan dulu muka buka anda. And kalau dah bosan sangat, mai lah dengar teman membebel sedikit dekat sini. Kihkih

Okayla. I pasti some of you guys might be really busy with your upcoming exam. And some of you might be frustrated at the same time too *of courselah sebab tak dapat pergi tengok Konsert PURPLE BOY aka Justin Bieber kan ? tak apa. Jangan frust, jangan stress. Macam Jesse McCartney selalu cakap; Don’t stress don’t stress don’t stress, cuz we gone, and we gone, and we gone :P  okay tak ada kena mengena. Back to our topic, for those yang masih tertanya-tanya kenapalah si Metal Teeth ni bukak tajuk pasal Hantu Naik Basikal. Gila ke apa. Kan kan kan ? :P

Sebenarnya begini. Sebentar tadi, seusai mama and nenek membaca Yasin, I pun menyibuk-nyibukkanlah diri ni ke dapur sambil mendengar perihal semasa yang orang tua-tua sibuk bercerita. Tengah-tengah busy membuat milo panas, tiba-tiba mulut ni gatal bertanya pasal ‘benda pelik’ yang selalu menimpa ahli keluarga kami. *kenapalah kau tak boleh control mulut kau ni Didi -.-  Jadi, dengan senang hatinya, nenek pun mulalah bercerita tentang kisah Hantu Basikal

Gulp :|

Kisah ini berlaku kira-kira 15 tahun lalu di sebuah kampung yang berjaya iaitu Kampung Lembah Jaya Selatan. *kerana kampung ini terletak di belah Selatan agaknya -.-  Ketika itu, tidak banyak rumah dan flat didirikan. Yang ada hanyalah kawasan rumah kampung bagi penduduk kampung tersebut, sebuah Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Kebangsaan, sebuah masjid dan kawasan setinggan yang banyak diduduki oleh kaum Indonesia. Ketika itu juga, pokok-pokok rendang banyak didapati di kampung tersebut. Begitu juga anak-anak sungai yang jernih airnya. Sangat berbeza dengan suasana pada hari ini. Pada suatu malam, kira-kira jam 2 pagi, seorang lelaki yang baru tamat belajar sekolah menengah dalam perjalanan pulang dari bekerja. Seperti remaja lain, lelaki ini bekerja sambilan di salah sebuah kedai makanan bagi mendapatkan duit poket iaitu Pizza Hut *kerana Pizza Hut sangat fofular ketika itu ya -.-  Jadi, dengan menaiki motorsikal bapanya, beliau pun menunggang dengan pantasnya kerana hari sudah lewat malam. Iyalah, zaman dulu, mana ada orang suka jadi burung hantu ini. Sunyi je. Kedai pun tak bersepah macam sekarang.  Jam 11 malam, mesti semua dah bermimpi sampai ke Jepun *tapi time tu Jepun tak kena tsunami lagi tau. Sebab tu ramai mimpi pergi sana. Okay cukup ! 

Disebabkan angin malam yang sepoi-sepoi bahasa ligat meniup si jejaka ini, beliau pun memperlahankanlah motorsikalnya. *nak layan feeling la tu :P   Setibanya sampai di kawasan rumah setinggan, beliau pun mula memecut sedikit *sebab dekat situ kawasan dia agak keras :|  sedang layan nak buat KONA lipat di satu simpang, tiba-tiba satu lembaga kecil melintas. Si jejaka ini steady lagi sebab beranggapan mungkin kucing pemalas ketua kampung yang melintas. Tetapi alangkah terkejutnya apabila ‘kucing’ yang melintas itu bukanlah kucing tetapi sepasang kaki yang sedang ligat mengayuh basikal beroda dua. Sebagai tambahan, ‘lembaga’ yang melintas itu tidak mempunyai badan, tangan dan kepala. Tetapi hanya sepasang kaki sehingga paras peha. Kerana begitu terkezut, jejaka tersebut terus memecut dan tidak mengendahkan lembaga yang baru saja hilang ke dalam sebuah semak di sisi jalan tersebut.

Satu minggu selepas kejadian, barulah jejaka tersebut menceritakan kisah yang menimpanya pada malam tersebut kepada bapa dan ibunya. Seusai bercerita, bapanya hanya mengukirkan senyuman dan menasihatinya agar berhati-hati kerana kejadian tersebut boleh membawa kepada kecelakaan seperti kemalangan. Tambahnya lagi, jejaka tersebut sangat lucky kerana lembaga tersebut tidak mengapa-apakan dia.

Tetapi yang peliknya, mengapa lembaga tersebut berkeliaran di kawasan tersebut? Apakah punca-punca kepada kejadian tersebut. Adakah ianya hanya ilusi atau memang lembaga tersebut wujud tetapi penduduk kampung tidak pernah menguar-uarkannya?

Okay Didi jangan banyak Tanya. Curiosity kills the cat remember?

Okay kesimpulannya semua pasal kucing. Tapi badut lagi menakotkan. Sudah-sudah la didi. Kau dah habis takut sebenarnya kan -.- haish. Inilah akibatnya tak ada benda nak buat, lepas tu takut sendiri. Haha


kepada rakan-rakan yang gentar lutut dengan exam, buat yang terbaik okay.
And terima kasih kepada ezza kerana mentioning nama I di blognya. Malu kejap -.-
And till next time,
Assalamualaikum ^^



toothbrush : nak tidur jangan lupa baca doa :)

5 comments:

  1. cte ni betul ke tak? aku baca pon td dah naik seriau. haha

    ReplyDelete
  2. cerita betol. tak caya tanya obey. dia pun tahu. haaaaa :o

    ReplyDelete
  3. -___-'ni kaki tgk dvd ni haha

    ReplyDelete
  4. kampung lembah jaya selatan sekarang pun banyak hantu kan..aritu depan uma aku dia menyinggah. lawa,sebab dia senyum..ngeh3

    ReplyDelete
  5. am : skrg mana ada DVD da. Blue Ray -.-
    rara : tak funny la ra. sangat tak funny -.- *takut

    ReplyDelete