Thursday 5 May 2011

Don't hate me

Cuz I'm BEAU

theme : make-up with benefits


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu

TOOTHnote : disebabkan jejaka pujaan hati saya tidak mahu melayan saya bergosip pasal cosmetic kerana dia sangat tidak berminat dan bosan katanya, maka saya akan meluahkan rasa tak puas hati saya disini dan post entry about...ce teka. ce teka. haha! 

Tadaaaaa~ Today kita akan membebel pasal make-up (yeah. maaf ye boys -.-) Okay first ting first, I nak tanya. Siapa ada baca atau TERbaca newspaper Metro last week? Yezza. Siapa yang baca or terbaca tu, mesti ada terbaca about Malaysian girl yang sanggup travel ke sebuah negara yang terkenal dengan kosmetik and plastic surgery hanya kerana ingin buat surgery dimukanya. Ada kan ? Ada kan ? Well, terus terang, siapa yang tak tahu negara yang terkenal dengan kosmetik kan ? Kalau tak tahu memang tak cool la korang. Okay mestilah negara Park-Jung-song a.k.a KOREA. Ala...negara yang you all kecoh-kecoh dengan K-POP tu ? *walaupun negara kita banyak lg talented artists, diaorang jugak korang nak kan? Okay jangan menyimpang, back to topic. Sebenarnya begini ceritanya, 

Pada suatu hari, seorang gadis yang rasa dirinya tak berapa nak cantik telah membuat keputusan untuk travel ke sebuah negara yang cukup terkenal dengan cosmetic and plastic surgery. Oleh kerana kos perubatannya sangat murah dan tidak membahayakan nyawa seperti teknik-teknik yang lain, gadis ini membuat keputusan untuk terus menggunakan khidmat di negara tersebut. Maka, setiap 3 tahun sekali, dia akan berkunjung ke negara tersebut dan mengubah sedikit demi sedikit raut wajahnya mengikut kehendaknya sehingga menjadi seperti Miss World 2020. -The End-



Jadi begitulah ceritanya. Honestly, I sangat bersetuju dengan tindakan that girl kerana bijak memilih cara yang selamat dan yang paling penting; JIMAT. Yeah, bukan I menggalakkan kerana bagi seorang muslim, mengubah ciptaan Allah itu berdosa. Tetapi, disebabkan gadis tersebut bukanlah seorang muslim, THUMBS UP la sis ! :P  Sebagai seorang yang telah menyaksikan sendiri negara yang penuh dengan cosmetic itu, memang I sangat agree lah. First time I jejak ke Seoul, I sangat terpegun tengok gadis-gadis Korea yang sangat vogue-ge-devas ! Mereka sangatlah cantik. Hidung mancung, mata bulat, gebu lagi! TETAPI, kenapa orang Korea yang duduk dekat Malaysia sangatlah berbeza dari yang dekat SEOUL? -.- Well, seorang kenalan I yang merupakan orang Korea telah menafikan 'natural beauty' orang disana. Ini kerana,dia mengatakan bahawa orang Korea ni sebenarnya tak cantik langsung. -.- ?? Katanya lagi, disebabkan penggunaan cosmetic yang semakin canggih and plastic surgery yang boleh didapati dimana-mana sahaja, telah memberi mereka kemudahan untuk mengubah diri mereka dari seekor ugly duckling into a beautiful swan. 

Truthfully, I sangatlah tidak percaya dengan katanya yang mengecop orang KOREA sebagai 'fake' sehinggalah dia membawa I ke sebuah gedung cosmetic yang sangat terkenal disana. Well, disana, I telah diberi chance untuk try out this one serum yang kononnya boleh menghilangkan 'laugh line' di tepi mata dalam masa 30 minit. *GELAK la. Lepas si amoi cantik tu sapu this one lotion dekat mata kanan I, I pun tunggu la around 20 minit. And yes. Laugh line I hilang and same goes to my small wrinkles yang dekat mata tu. I'm talking truth here kerana, mata kiri I still ada wrinkles tu and perbezaannya sangat ketara okay. And same goes to nose. Siapa yang nak buat hidung pun senang je. Tak payah cucuk sana, cucuk sini, just pergi jumpa pakar kecantikan, cakap na hidung macam MJ, nanti dia bagi you this one cream and sapu dekat hidung. After a while, krim tu akan menjadi macam pepejal yang melekat dekat hidung dan akan membentuk batang hidung. After that, barulah orang tu bentuk sikit hidung dia. Wait another half an hour, and DONE ! Yes. Dengar macam main-main je kan? But this is the truth. I sangat terpegun dengan teknologi mereka yang sangat simple, tak menyakitkan and NO SIDE EFFECT at all. Macam main-main je. Well berterima kasih la kepada doktor pakar mereka yang mencipta cara yang lebih selamat ini untuk memenuhi kehendak orang disana untuk menjadi cantik. Sebenarnya banyak lagi teknologi canggih yang telah mereka cipta berkenaan cosmetic yang dijamin keselamatan dan keberkesanannya. Sebagai contoh, BB Cream.

"BB what? Phone eyh?"

Inilah yang membuatkan I sedikit kecewa nak berborak dengan bf I ni. I penat-penat membebel about cream, dah nak habis cerita baru dia tanya. Rupa-rupanya dia ingat BB= BlackBerry. I LOVE YOU la syg ! haha. Yes. BB cream lah yang menjadi keilaan gadis-gadis Korea dekat sana. Apa yang bagus sangat BB Cream ni? Well, cream ni multi-function actually. Dia dah combined with foundation, powder and sunblock. So, after moisturized your face, all you need to do is apply this cream. Tak payah foundation, tak payah powder. Cream sahaja sebab dah memang complete satu set. So tak payah la penuh-penuh beg tu nak bawa compact powder, sun block, foundation, semua tu tak payah ! Bawa BB cream sahaja. And lepas tahu about BB cream ni, I sangatlah teruja bila Malaysia juga dah mula create BB cream dan meminjam teknologi dari Korea ini. Buktinya, CLEO and Women's Weekly keluaran May dah sibuk buka topik about BB Cream ni dimana Malaysia juga telah memasukkan BB Cream ke dalam Kosmetik yang terkenal di Malaysia seperti Clinique and Dior. 

-Women's Weekly-

So, kepada gadis-gadis Malaysia yang suka simplicity, BB Cream ini sangat useful untuk anda-anda yang sweet macam I ni. *jangan perasan Didi. Cepat-cepat pergi beli BB Cream and buang semua kosmetik you all yang tak best itu. Make BB Cream as your bestfriend and you wouldn't regret. 

-CLEO-


As for me, I bought myself a BB Cream all the way from Korea and I'm not sure either Malaysia ada jenama ini atau tak. Anyway, happy BB Cream day pretties ;) 
*Agak-agak dapat ta jadi part-time promoter for this brand ? -.- 
  

toothbrush : semakin hari newspaper semakin membosankan. *sigh*

3 comments:

  1. heheh...comel jew adik iparrr...ekeke...:)

    ReplyDelete
  2. ala ala ala. apa yg comel neyh ? haha :D

    ReplyDelete
  3. Kepada yang untuk membeli boleh layari fan page BB cream saya di https://www.facebook.com/bbcream2u

    Dan sekiranya berminat untuk menjadi pengedar BB Cream boleh email saya di my_mail701@yahoo.com. Saya sedia membantu sehingga anda mendapat jualan. Ramai telah membeli dengan saya =)

    ReplyDelete