Saturday 16 March 2013

Tips mendaki Broga Hill

Kanak-kanak dan Broga
by : Serabut

Assalamualaikum dan selamat panoon Malaysia

Harini, tanggal 16, *awas. Bukan tanggal baju.* bulan 3, tahun 2013. Alhamdulillah, masih lagi bernafas, dan masih lagi bernyawa. Walaupun hakikatnya nyawa-nyawa ikan, sebab Malaysia semakin tercemar dengan sampah masyarakat yang semakin berleluasa. Maaf, maksud haku sampah yang berkeliaran dengan bebasnya *haku masih rasa ayat haku ni salah. Anyway, sempena hari Sabtu yang indah ini, haku tergerak hati untuk bertenggek dekat sini and…*macam biasalah, membebel.  Jap-jap, bukan membebel, tapi haku nak share something dengan ekau horang harini.

Jadi apa yang haku akan share? Jeng jeng jeng. Haku… akan sharekan ekau horang dengan cinta haku. Nak tak? Nak tak? *angkat-angkat kening.  

Jangan nak perah santan pulak dekat sini ya ekau-ekau horang ni. Nak share benda tu, tunggu haku khatam Quran 5 kali. Okie, jadi citernya…haku nak share dengan ekau horang mengenai tips-tips nak mendaki gunung :) To be precise, Brogahill *sebab itu je yang aku penah tawan. Yang lain semua bukit belakang rumah nenek haku -.- Okie mungkin hada yang dah mencarut memaki dengan nama haku sebab cakap gebang macam nak share apa, sekali tips mendaki je pun. Lepas tu cakap macam dah pro. Hekelen kau Didi. Bajet bagus. Pegi balik kampunglah ! *ayat budak sekolah haku selalu guna dulu. Mentang-mentang haku tak ada kampung. Sob sob. Aku hanya nak kongsi je. Mana tahu ada yang tak penah pegi, boleh sediakan badan makan jamu semua. *nak kahwin ke hapa ? Lagipun semua ilmu ni haku tuntut dengan member haku yang dah biasa dengan tempat ni, Syamil. Or Shamil.Or Shamel. Haa mana-manalah -.-‘ Okie straight forward, silalah baca tipsnya dibawah ini. *Kalau kau buat dari tadi kan senang. Membebel macam nenek jual sayur.



1.  Bawak AIR – Haaa seperti yang kita tahu,air sangat penting untuk body kita. Kita boleh hidup tanpa makan, tapi kita tak boleh hidup tanpa air. Sebab apa? Haaa itulah. Dalam kelas Sains asyik berangan je. Pergi kol cikgu Sains ekau horang sekarang.

2. Pakai KASUT – Sangat penting ya. Sebab apa? Haaa ni haku boleh jawabkan. Sebab…sebab haku suruh lah ! Wakakaka. Bukan, mestilah sebab nak lindung kaki ekau horang yang cantik tu dari kena panas. Wakakakaka. Okie haku bercanda je. Haku rasa orang normal macam haku tahu kalau nak mendaki kena pakai kasut.  Elakkan pakai selipar RIPCURL apalagi high heels. BAHAYA. Apa? Ekau nak argue dengan haku pasal selipar RIPCURL? Okie next post wa jumpa lu. Be there! Kalau mampu, *kalau MAMPULAH. Pakai lah kasut yang memang khas untuk hiking. Yang ada paku tu. Orang kata kalau main bola sepak pakai kasut tu, memang bola tak boleh lari dari ekau. Lejen habis ! sebab bola dah melekat dekat kasut ekau. Wkakaka

3. Pastikan kasut tak HAUS – Haus dekat sini bukan thirsty okie. Siapa tak tahu apa haus, meyh haku hentak pakai kamus dewan edisi ke-4 haku ni.

4. Kurangkan MAKAN – Kau horang digalakkan untuk makan sebelum melakukan aktiviti berat macam ni, tapi make sure tak makan dengan berlebihan. Sekadar yang light-light tu, memang patutlah. Jangan makan big breakfast dari McDonalds tu. Ke-las sah-ngat. Pertama, tak nak perut tu terkejut sebab tak berisi, tapi dah buat kerja-kerja berat. Next , bukan takut sebab ekau horang berasa ‘berat’ sebab dah isi perut, tapi takut nanti ekau horang nak melabur ! baru separuh jalan, dah melilau carik semak nak buang ‘benda’. Tui. Memang pencemaran bau lah wa cakap sama lu.

5. Jangan pakai JEANS – hokaloh! Dah tahu nak hiking, pergi pakai seluar jeans jenama GUESS yang beribu tu. Konon stylish la tu? Meyh sini tengok kalau dah terkoyak tu stylish lagi ke dop. Lagi-lagi terkoyak betul-betul dekat kangkang tu. WOW !!! tergoda aiii. Pakailah track suit, selesa sikit. Track suit pun, pakailah yang tebal sikit. Jangan baru langkah besar sikit, dah PRAP !!!  Kalau pakai shorts pun okie jugak. Tapi pandai lah jaga kaki tu. Jangan bercalar dah ler. Turun saham.



6. Jangan pakai SKIRT – hokaloh ! Dah tahu nak hiking, pergi pakai skirt jenama TOPSHOP ang beratus tu. Konon stylish la tu? Okie senang citer, sama je point dier dengan no.5.

7.Jangan pakai baju yang STRIKING – haaaaa. Sebab apa? Sebab dekat puncak Broga tu penuh dengan pakcik dan makcik lebah. Tak percaya? Cubalah trai. Tapi dia horang tak sengat pun. Sekadar hinggap-hinggap dan mengelilingi ekau horang. Mungkin dia horang hingat kalau yang striking-striking tu bunga. Padahal dia horang tak tahu maknusia di Malaysia sekarang pakai nak kaler blok je. Konon~

8. Kurangkan KERUT – Kerut dekat sini ialah berkerut. You know, berkerut kalau kena panas tu? Tahu kan? Haaaa. Jangan berkerut. Haku tahu panas, tapi kalau boleh, kurangkan. Sebab apa? Sebab kalau kita banyak sangat berkerut, kita boleh pening atau terus dapat migraine. Nak info lebih lanjut? Pergi jumpa doktor sakit puan. *Kalau beranilah. Jadi, ekau horang dinasihatkan untuk pakai cermin mata hitam. Style bro ! Tapi tayah pakai yang mahal-mahal pulak. Karang jatuh, rosak, salahkan haku pulak. Choi

9. Bawak SHADES – Haaa. Point ni ada bau-bau bacang dengan point no.8 tu.

10. Kurangkan HENTAKAN  - Dalam konteks ni, haku maksudkan hetakan tapak kaki yang ekau horang buat semasa tidak kira ketika mendaki keatas, mahupun mendaki kebawah.*mendaki ke bawah ? maksud aku waktu nak turun tu lah. -.-  Sebab apa perlu kurangkan hentakan ? Sebab setiap kali hentakan kaki dibuat, otak kita jugak turut terasa vibration tu. Jadi, semakin kuat hentakan, semakin kuat jugak otak kita vibrate. Nampak tak hipothesis haku tu? Bagus. Maka dengan ini, tamatlah kelas Sains kau horang. Hahahaha. Oleh itu, jika kau horang sayang hotak ekau horang, kurangkan hentakan kaki.

11. Jangan TAKUT – Dekat sini haku tujukan semasa turun dari puncak gunung atau bukit. Macam Broga, laluan dia curam, tapi selamat nak turun kalau kita just slidekan diri kita dari atas. Kalau tak suka slide, sebab bontot akan sakit, *memang sakit baq hang ! boleh berdiri, tapi jangan berdiri secara tegak. Bongkokkan badan sikit. Kalau tegak, ekau horang akan senang jatuh macam tayar buruk. Bergolek berbogel. WOW !

12. Jangan bawak benda BERAT – Kalau dah tahu ekau horang tu cekeding, berat pun cukup-cukup makan 40 kg, tak payah nak menggeletis bawah DSLR dengan tripod dengan lens yang berat separuh dari berat badan ekau. Konon tak boleh hidup tanpa DSLR. Bawak phone camera *MP sudah la. Tapi kalau dah merengek golek-golek nak bawak jugak, haaa bawak la sorang mamat yang agak kuat supaya dia boleh tolong bawak sikit. Jangan suruh dia bawak semua pulak. LELAKI BUKAN HAMBA WANITA.

13. Pergi dengan orang yang dah BIASA – Jangan berlagak nak pergi sensorang. Konon nak test power. Tui. Ajaklah sesiapa yang dah biasa dengan tempat tu. Boleh eratkan silaturrahim. Salah satu sunnah tu tahu.

14. Jangan pergi PETANG – Sebab apa ? Kalau pergi petang, nanti mesti sampai maghrib. Tak elok. Waktu-waktu macam tu disarankan untuk kita duduk dalam rumah dan bersedia untuk solat maghrib. Lagipun waktu-waktu macam ni kan syaitan-syaitan dan makhluk lain mula berkeliaran. Alaa kalau ekau horang tanya nenek ekau pun, mesti dia jawab benda yang sama macam haku. Jadi, pandai-pandailah. Seelok-eloknya pergi pagi, selepas solat Subuh. Kan bagus lakukan aktiviti seusai waktu Subuh. :)  *cop !!! tapi jangan pergi tengahari. Orang jowo macam haku cakapa, waktu rambang. Tak elok jugak. Tett.

15. Bawak NAMA – Kalau naik Broga tu, rajin-rajinkan lah diri bawak bendera Malaysia ke, bendera universiti ke, bendera negeri ke, apa-apa benderalah. *jangan bawak bendera lanun sudahlah. Nanti kena tangkap dengan orang asli, pahadan muka ekau ! Kalau rasa malu sebab nanti horang semua pandang macam ekau sorang je cinta negara, tak payah. Bawak bendera pun nak malu. Duh. Bawaklah liquid paper. Pasai pa? Sebab boleh conteng nama dekat batu atas bukit tu. Conteng macam mana? Conteng je la macam mana pun. Ekau semua kan bijak pandai. I was here lah, I lap you lah, You lap tingkaplah. Apa jelah. Tulis jelah sebagai memori. TAPI !!! Jangan lebih-lebih. Jangan sampai merosakkan alam yang sedia ada. Haku tak pernah ajar tu. Choi



Jadi dengan ini, khatamlah sudah ekau horang semua tentang tips-tips naik Brogahills dan hill-hill yang hada dekat Malaysia ni. Mungkin hada lagi tipsnya, tapi bak kata kau horang, haku bukan pro pun. Jadi ni je lah yang mampu haku kongsi. Kalau hada lagi pun,  kau horang boleh tambahkan. Bak kata orang, diberi nafas baru? Haaa diberi nafas baru, kerana nafasnya berbau. Wakakaka. Oleh itu, sekian sahaja dari Serabut.

Assalamualaikum :)
*pray for SABAH*

RADIO GIGI BESI :
ouh ya, kepada candidate SPM 2012, next week result dah keluar. Samada selasa atau khamis. Goodluck.:) *tak payah nak goodluck2 dekat horang. Ekau tu next week ada ujian paper Perancis berderet. Tui
And kepada wanita-wanita di Malaysia, marilah kita ramai-ramai turun Putrajaya esok sempena 1Malaysia Women Walk. Lebih kurang macam tulah. And wear something purple !! :3

*haaa hapa lagi? Yang duk stay sini tu buat hapa ? Pergilah mendaki!




2 comments: