Saturday 9 March 2013

NO-NO for first date

by Gadispewlik

Assalamualaikum dan selamat panoon everibadi. 

Hari ni hari yang tak berapa bagus untuk membuat sebarang aktiviti,termasuklah berblogging. Karena *kerana ya. Bukan Kareena Kapoor. ugh* hari ini merupakan hari Wanita sedunia. Well sebenarnya haku tak tahu bila hari wanita pun, haku saja je jadikan alasan. Geram tak? Jangan geram-geram, nanti jadi garam.   Okie, sempena hari sabtu yang diberkati ni, haku dah decide nak membebel dekat blog ni. Walaupun dah bersarang labah-labah dah buku maya ni, haku akan cuba usir labah-labah yang ada untuk carik tempat baru yang lebih nyamannya gilak. Dan hari ni, haku akan bebel sikit *tak sikit, tapi banyak* tentang benda yang ekau orang tak patut buat during first date. Jangan tanya haku kenapa haku tulis pasal ni. Memang haku bukan tok guru nak gitau apa yang patut apa yang tak patut, tapi haku tulis untuk kawan haku yang haku rasa dah gagal dalam first datenya. Ya. Aku sangat iklas dekat situ ya. *hirup milo.

Okie, tak nak bebel macam mak Bedah lagi, ekau horang pun pandai membaca kan? haa haku bagi ekau horang baca 10 perkara yang haku rasa ekau horang tak patut buat during first date. 

1. Jangan TERLEBIH - ni haku tujukan khas kepada kaum Adam yang selalu terlebih/terover dalam semua benda. Terlebih cakap, terlebih tanya, terlebih perasan, terlebih pakai perfume, and ada jugak terlebih peluh. Tiba-tiba je kan banyak peluh keluar. Okie itu nanti aku listkan macam mana pulak nak atasi masalah ni. Pokok pangkalnya, cuba jangan terlebih dalam semua ni. Sebab bagi pompan, first date tu macam first MEETING je. Dia nak tengok macam mana ekau ni kat luar sebenarnya. Tapi kalau first date pun dah terlebih semua benda ni, nanti next2 date terlebih apa pulak? OOPS apa haku tulis, haku pun kurang pasti. And ada jugak yang terlebih gentleman. Ini lagi bahaya. First date je ekau gentleman. Second third date tak gentle dah, ekau ingat macho la macam tu? Jatuh air muka haku ni! So senang cakap, ekau buat lek je. Walaupun haku tahu betapa geRUMUHnya ekau tengok awek depan ekau tu comel macam anak kucing jiran, yang ekau rasa nak ramas-ramas, cubit-cubit, stay calm and laid-back. Sebab ekau tengah date dengan maknusia menyerupai kucing. Hingat tu.

2. Jangan jadi BADUT - Haku cukup tak faham horang zaman sekarang pakai baju nak paling kurang 5 kaler. 5 kaler haku cakap sama ekau. Walaupun ekau ni fashionista, ekau kenalah pikir jugak ekau tu nak pergi first date. Nak impress sorang je. Nak tarik perhatian sorang je. Tapi kalau dah kasut merah, stoking ijau, seluar kuning, baju biru, beg purple, tudung pulak oren, memang tak jadi hapa lah. HANCUS 

(Gadis sunti yang pakai hijab, elakkan pakai pin yang kartun doraemon, digimon, pokemon, segala jenis MON lah. Dahlah family mon, ekau lekat pulak kat atas kepala ekau tu. *konon comel kan?* Memang tak kemana lah mata perawan tu, melainkan pin ekau tu. HANCUS kuasa 2)

3. Jangan bawak FAMILY - Ini pelik nombor 0.01. Perlu ke ekau bawak mak, bawak ayah, bawak kakak, bawak abang, bawak adik, bawak adik angkat, bawak angkat sumpah, on your first date? aghhhhhhhh *hentak kepala sebab tak boleh terima* macam yang haku cakap, first date ni macam first meeting. Bukan haku galakkan ekau horang berdua-duaan ke hapa, tapi manalah tahu *manalah tahu* si dia tu screwed up atau terpancul dark side dia secara tak sengaja, tak ke malu horang tu depan horang yang ekau bawak sama sekali tu? No one is perfect okie. Kurang-kurangnya, kalau ekau je yang nampak kelemahan dia tu sumer *first date dah nampak kelemahan. Haish pergi menuntut lagi* tak hapa, sebab ekau tu date dia. Tapi kalau horang yang ada dekat situ witnessed sekali, nanti jadi perbualan berlanjutan di masa depan. Lagi-lagi pompan ni. Tak habis-habis benda tu diulang-ulang. Padahal dah berabad jadi. Haku pasti korang paham.

4. Jangan bawak BUDAK - Kalau dah nama first date tu, tak perlulah gatal menggeletis bawak budak join sekali. Under 18 okie. Kecik halus lagi dah hajo budak tu date2 ni. Lagi satu kalau ada budak, *lagi-lagi yang kecik macam semut api* satu hal pulak korang nak jaga. Nak babysit ke, nak date? First date pulak tu? HANCUS  

5. Jangan bawak STROLLER budak - Ini lagi haku tak faham. Obviously a BIG NO NO.  Dahla bawak budak, bawak budak yang masih duduk dalam stroller? haaaa ekau baca la point 4 tu. Senget haku dengan horang macam ni.


eh sukahati hakulah nak letak gambar ni.


6. Jangan pergi tempat mahal - Dah tahu ekau tu masih belajor, spender superman pun mak ekau yang belikan, tak perlulah bawak awek tu lepak tempat mahal. Kononnya nak impress awek tu la? Puhh-liss. Kalau haku, mamak pun haku tak kisah. Sebab apa? Sebab mamak tu tempat yang senang nak chillax, environment pun sesuai untuk a-nice-long-chat. Tapi jangan mamak yang selalu ekau pergi dengan geng ekau horang. Nanti tak boleh pulak ekau nak concentrate sebab geng ekau yang lain duk kacau-kacau. kan? haku tahu. Tapi yang selalu horang pilih macam KFC, McD, Sushi King, Kopitiam. Nak up sikit, Ben, Starbucks, DOME. Pun cantik. Tapi cuba elak lunch hour. Bak kata orang jowo, suam-suam petang. 3PM onwards. Boleh lepak sampai malam, buat tempat tu macam second home ekau horang. 

7. Elakkan tengok WAYANG - Mesti pelik kenapa haku cakap macam ni kan? Bukan tak boleh, tapi elakkan. Haku pendekkan, save money and save masa dengan si dia. Cukup.  

8. Jangan buat HEAVY ACTIVITY - First thing, jangan pikir yang bukan-bukan. Haku berniat baik -.- Maksud haku, jangan bawak awek tu pergi hiking ke, main skateboard ke, main badminton ke, apa jelah yang boleh memecahkan sweat glands dia. Sebab apa? Mestilah sebab awek tu dah pakai cantik-cantik, tiba-tiba ekau ajak pergi panjat Broga Hills tengah-tengah hari buta. Konon-konon comellah spontaneous gitew? HANCUS. Cukuplah sekadar bowling. Nak comel sikit, pergi arcade. Yang budak-budak punya. *gelak goleng-goleng*

9. Jangan cerita problem ekau horang - Ekau horang tengah dating. Bukan tengah jumpa kaunselor ekau horang. Lainlah kalau ekau horang dating dengan kaunselor ekau horang, itu lain citer. Sekian

10. Jangan LAMBAT - Ini paling penting. Walaupun haku dah banyak kali buat, tapi tak apa. Haku pompan. Bagi lelaki, tolong jangan lambat. Kalau dah tahu jalan jammed, keluar 2 jam lebih awal. Tiada istilah biar lambat asal selamat dalam FIRST DATE. Kena pulak yang sailang macam haku, ekau date lah dengan bill makanan yang aku dah pesan. Burp. Alhamdulillah~



Ekau horang dah baca kan? Dah penat baca kan? Dah penat ngeja kan? haaa ini jelah yang aku mampu kongsi dengan ekau horang pasal first date ni. Semua ni pengalaman haku dan geng haku yang pada dasarnya memang pelik. Sebab dia horang  yang buat menda-menda pelik ni. Jangan marah kalau haku ada terkasar bahasa ke, terlebih lucah ke, terfaktab dekat mana-mana ke, harap diampun. Okie aku ciao dulu. Sambung tengok Nasib DoReMi. Jom join

sekian sahaja dari gadispewlik.
Till next time, muahx ! oops,dosa.
Assalamualaikum.    



No comments:

Post a Comment